Sekarang ni seluruh Dunia tertumpu pada Malaysia pada ekoran maklumat terbaru penemuan MH370 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak pukul 10 malam tadi setelah 17 hari operasi pencarian MH370.Maklumat ini telah diperolehi dari data INMARSAT iaitu syarikat di United Kingdom yang menyediakan data satelit di Koridor Selatan dan Utara.
Berdasarkan analisis yang dibuat, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan
bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan
lokasi terakhir MH370 adalah tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.
Sehingga kini pihak yang terlibat dalam operasi meneruskan operasi pencarian serpihan MH370 dan kotak hitam walaupun cuaca tidak mengizinkan.Tahukah
anda. Berapa kedalaman Lautan Hindi?3600 meter bersamaan
dgn 3.6 km.Lautan Hindi merupakan laut yang paling bergelora, ombak
boleh mencecah 10 meter.Sangat sukar bagi pihak yang terlibat menjalankan operasi ini.Operasi amnya tertumpu mencari kotak hitam bagi memudahkan penyiasatan dan merungkai misteri sebab musabah kemalangan MH370 ini.Jika difikirkan adakah penumpang atau krew MH370 terselamat...wallahualam...secara logik bila kita melihat lokasi MH370 terhempas di lautan Hindi sukar untuk kita menyatakan ada mangsa yang terselamat.Keadaan seperti ini bukannya seperti filem Hollywood yang kita tonton.Malah lebih dasyat lagi dan sangat sukar digambarkan dengan akal manusia.Semoga Allah permudahkan operasi ini berjalan dengan lancar.
Cuba lihat gambar kedalaman Lautan Hindi di bawah.Betapa kerdilnya kita sebagai manusia di dunia ini.Dengan keadaan cuaca dengan ombak yang menganas hingga boleh mencecah 10 meter dengan langsung tiada daratan disekeliling,sesiapa yang berada dalam situasi hanya mampu berserah diri kepada Allah Jika difikirkan adakah semua penumpang dan krew MH370 akan berkubur selama-lamanya di Lautan Hindi?Takziah kepada keluarga yang terlibat.