Khamis, 5 Jun 2014

Kisah Penjahat Yang Jahat.

Seorang PENJAHAT ditembak polis dan koma.
Kemudian dia bermimpi dibawa Malaikat ke
NERAKA..
Tapi dia terkejut kerana di NERAKA orang
berdisco,
karaoke, minum arak, judi, banyak pula pompuan
seksi-seksi, dan lain-lain...
Dia cepat-cepat ingin masuk, tapi ditahan oleh IBLIS
penjaga pintu:
"Tunggu dulu! Waktumu belum tiba... Kembalilah ke dunia, buatlah yang LEBIH JAHAT lagi maka kau pasti akan MASUK NERAKA...!"
Akhirnya dia sedar dari koma dan dia berbuat
LEBIH JAHAT
lalu akhirnya ditembak mati. IBLIS dengan segera menghantarnya ke NERAKA...........

Isnin, 12 Mei 2014

TOPUP PREPAID ANDA UNTUK TEMPOH 1 TAHUN DAN 2 TAHUN


Benda ni dah lama sebenarnya dan ada jugak yang masih tak tau.Terlintas idea bila ada kawan-kawan yang masih tak tau aku pun isi entri ni kat blog.

  • Cara untuk tukar kredit expired Celcom korang kepada setahun dan dua tahun.Tapi syaratnya kena ada balance la..sebab nak kena tolak kredit yang ada dalam rm30 untuk setahun dan dalam tempoh 6 bulan korang kena topup jugak rm30.Sesuai kepada yang jarang guna handphone...bila jarang guna, balance kredit ada banyak tapi dah expired date pulak..bila nak buat call kena topup lagi rm5 atau rm10..pastu seminggu expired date lagi..penyelesaiannya ikut je step kat bawah takyah pening-pening bagai nak topup bila dah kredit expired.Tapi jangan lupa pulak dalam tempoh 6 bulan kena isi rm30.









  • Untuk Maxis (Hotlink) paling sikit kredit kena ada rm33 untuk setahun.Dial *100#  Call Then follow by reply the EasyMenu step:  01-seterusnya , 8-Hotlink specials , 4-Hotlink 365 ,  1 -Teruskan ,  1- Langgan ,
.






  • Untuk DiGi pastikan nilai kredit anda melebihi rm30.Hanya dial *128*1*7*3#  untuk activate Super Long Life™ at RM30 setahun.

Sabtu, 10 Mei 2014

Dialog lakonan Aziz dan Sudin yang dingati.




Seminggu sudah perginya seniman veteran Aziz Sattar kembali ke rahmahtullah akibat diserang penyakit jantung.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Akhirnya allahyarham kembali bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin di alam barzah  dan apa yang terkesan di hati saya adalah dialog mereka dalam lakonan filem bujang lapok ini...

"Aziz : Sudin, rumah yang kau
cakap dulu tu
dah ada orang tinggal belum?
Sudin : Rumah yang mana tu?
Oooo.. rumah
yang itu masih kosong lagi,
kalau kita apply
dapatlah
Aziz : Bagus juga ya, berapa
bilik ada Din?
Sudin : Yang aku tengok ada
tiga bilik masih
kosong
Aziz : Bagus ya Din tiga bilik,
boleh kita
seorang satu. Berapa besar
agak-agaknya bilik
tu?
Sudin : Besar tak berapa besar.
Kalau
tak silap aku, tujuh kaki
panjang, lima kaki
lebar, tujuh kaki dalam
Aziz : Besar juga ya tu tujuh
kaki panjang, lima
kaki lebar, ada dalam lagi
ya...... Eh itu kubur!
Tempat kau nak mampus,
bahalol!"
SENIMAN BUJANG LAPOK.

Akhirnya kini mereka bertiga
telah memasuki
"rumah" tersebut, AL
FATIHAH.. Sentiasa
diingatan...@@@

Ahad, 20 April 2014

Panggilan penyamun..jangan jawab panggilan dari nombor 03-21788888

Hari ini 20/4/2014 pukul 1.27 pm aku menerima satu panggilan dari nombor 03-21788888 dan menekan tombol terima panggilan  dan lantas menjawab 'hello' dan kemudian mendengar suara mesin operator penjawab dalam bahasa inggeris.Aku kemudian terus ended call tersebut.

Aku kemudian mencari maklumat nombor berkenaan melalui internet dan mendapat maklumat bahawa panggilan tersebut merupakan panggilan scam.Beberapa jam kemudian aku pergi ke ATM berhampiran tempat kediaman aku dan cuba mengeluarkan baki yang tinggal RM60.80.Pengeluaran tidak berjaya lantas aku cuba meneliti baki yang tinggal...baki akaun anda RM8.80...arghhhh...aku dah terkena dengan penyamun yang bijaksana.

Terus aku balik rumah dan membuat panggilan ke service center kad ATM aku.Memang disahkan bahawa satu transaksi pengeluaran telah dilakukan hari ini walaupun sebenarnya transaksi yang aku lakukan gagal.Pihak bank menyuruh aku membuat laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun bank.Sehingga kini aku masih belum buat report lagi..mungkin petang ni atau esok kot.Walaupun yang hilang tu hanya RM50..mungkin takde rezeki penyamun tu sebab yang tinggal hanya RM60.80..klu ada RM1k mau hilang semua..

Buat sesiapa yang membaca blog aku ni..so berhati-hati..jangan jawab atau tekan receive call..biar tekan ended terus.Sebelum terkena kat korang baik aku maklumkan sebagai peringatan.Minta tolong korang sebarkan perkara ni kepada orang lain sebelum ada orang lain yang terkena..mungkin lagi banyak jumlah wang yang hilang jika dibandingkan dengan aku yang jumlahnya tak seberapa.Penyamun-penyamun zaman sekarang kepala otak dorang ni lagi kedepan dari segi pemikiran..lagi-lagi dengan bantuan teknologi yang memang makin canggih.

INGAT!!! JANGAN JAWAB JIKA ANDA MENERIMA PANGGILAN DARI  NOMBOR 03-21788888...JIKA ANDA JAWAB PANGGILAN TERSEBUT MUNGKIN ANDA MENERIMA NASIB SEPERTI SAYA.DALAM KES SAYA NI..JAWAB HELLO JE DAH HILANG DUIT DALAM AKAUN BANK.NASIB BAIK DUIT GAJI SAYA BELUM MASUK..

Penyamun duit ATM

#Update 21/4/2014
Alhamdulillah..pagi ni saya check acc. bank..wang saya telah dikembalikan oleh pihak bank.maknanya saya tak perlu buat report polis.Mungkin pihak bank sempat membatalkan transaksi tersebut cuma lepas ni perlu berhati-hati..

Selasa, 25 Mac 2014

Kedalaman Lautan Hindi cabaran kepada misi menyelamat MH370

Sekarang ni seluruh Dunia tertumpu pada Malaysia pada ekoran maklumat terbaru penemuan MH370 yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato Najib Tun Razak pukul 10 malam tadi setelah 17 hari operasi pencarian MH370.Maklumat ini telah diperolehi dari data INMARSAT iaitu syarikat di United Kingdom yang menyediakan data satelit  di Koridor Selatan dan Utara.

Berdasarkan analisis yang dibuat, INMARSAT dan AAIB membuat kesimpulan bahawa pesawat itu terbang melepasi Koridor Selatan dan  lokasi terakhir MH370 adalah tengah Lautan Hindi iaitu barat Perth, Australia.


Sehingga kini pihak yang terlibat dalam operasi meneruskan operasi pencarian serpihan MH370 dan kotak hitam walaupun cuaca tidak mengizinkan.Tahukah anda. Berapa kedalaman Lautan Hindi?3600 meter bersamaan dgn 3.6 km.Lautan Hindi merupakan laut yang paling bergelora, ombak boleh mencecah 10 meter.Sangat sukar bagi pihak yang terlibat menjalankan operasi ini.Operasi amnya tertumpu mencari kotak hitam bagi memudahkan penyiasatan  dan merungkai misteri  sebab musabah kemalangan MH370 ini.Jika difikirkan adakah penumpang atau krew MH370 terselamat...wallahualam...secara logik bila kita melihat lokasi MH370 terhempas di lautan Hindi sukar untuk kita menyatakan ada mangsa yang terselamat.Keadaan seperti ini bukannya seperti filem Hollywood yang kita tonton.Malah lebih dasyat lagi dan sangat sukar digambarkan dengan akal manusia.Semoga  Allah permudahkan  operasi ini  berjalan dengan lancar.


Cuba lihat gambar kedalaman Lautan Hindi di bawah.Betapa kerdilnya kita sebagai manusia di dunia ini.Dengan keadaan cuaca dengan ombak yang menganas hingga boleh mencecah 10 meter dengan langsung tiada daratan disekeliling,sesiapa yang berada dalam situasi hanya mampu berserah diri kepada Allah  Jika difikirkan adakah semua penumpang dan krew MH370 akan berkubur selama-lamanya di Lautan Hindi?Takziah kepada keluarga yang terlibat.


bandingan Kedalaman lautan Hindi

Isnin, 17 Mac 2014

List Senarai Harga Terkini Penjual Barangan Komputer(Hadware dan Software)

Biasanya kalau kita nak beli barang atau sparepart komputer kita terus pegi kedai komputerkan?Bila dah sampai kedai komputer kita mesti nak tau harga terkini dan kita pun ambil satu senarai harga yang telah disediakan oleh syarikat penjual.Untuk kita nak bandingkan harga terpaksa la kita ambil satu kedai satu list.Kalau dah sepuluh kedai?10 list..bila dah kumpul dan belek2 list tu kitapun pening tengok harga-harga yang tersenarai...jadi bingung kejap untuk memilih antara kedai yang menawarkan harga yang murah.Last-last kita pun singgah la mana2 kedai yang kita berkenan..lagi2 kalau ada amoi cun...hehehe...ni dah kira terpesong dari niat asal kita nak tau syarikat mana yang menawarkan harga lebih murah.

Korang mesti pernah terlihat senarai nama-nama penjual seperti All IT Hypermarket,C-Zone Sdn Bhd,Thunder Match Technology Sdn Bhd dan banyak lagi yang aku tak sebut.

Kat sini aku nak kongsi satu link kita nak dapatkan senarai harga terkini tu dulu sebelum kita pergi kedai dorang.Biasanya kat sini aku akan buat survey dulu untuk pastikan mana kedai yang menawarkan harga yang lebih berpatutan.Lepas tu baru aku pergi kedai komputer ataupun  bila aku nak pergi eskpo  jualan pc  (Pc fair,Plaza Lowyat,Alam Sentral,Sunway Pyramid....)

KLIK SINI

P/S:Lepas ni tak yah korang ambil dan bawak balik kertas-kertas tu.Buat menyemak je..:-)

Ahad, 16 Mac 2014

Nuffnang VS H12 Media Ads

Sejak kebelakangan ni ramai para blogger beralih arah pengiklanan daripada Nuffnang kepada H12 Media Ads.Akupun sama terikut-ikut jugak dengan trend ni.Banyak aku dengar cerita-cerita sumbang tentang Nuffnang ni.Entah...akupun tak tau samada betul atau tidak cerita yang timbul tentang Nuffnang.Yang aku tau kebanyakannya ramai yang merajuk-rajuk tak dapat earning CPUC atau BE...hehehe

Akupun dengan Nuffnang ni baru joint sebulan.Ada la dapat sikit earning CPC dalam RM4.50.



Rasa teruja jugak aku tengok  sbb tak sampai sebulan main suke-suke letak je.Unique visitor pun bawah 100 sehari.Klu nak dapat BE tu belum tentu dapat punya... sebab baru sebulan joint.Terimakasih Nuffnang dan para blogger yang singgah kat blog aku yang lagi satu tu...sekarang aku dah ada 2 blog...oleh kerana aku dah diapproved dengan H12 media jadi aku letak Nuffnang kat blog ni,Yang ada ads H12 media tu biar lah mat Saleh yang klik..lagi2 bila keluar gunting nak potong bra..hehehe..yang penting status gelihati aku kekal.

Korang macam mana?Bila lagi nak tambah satu lagi?..kalau nak harapkan Nuffnang ni macam-macam aku dengar cerita.Yang dah joint setahun pun ada yang dapat bawah RM10.

Kalau korang tak tau nak apply kat sini aku tunjuk cara nak apply.Sementara senang diapproved ni ni la satu-satu  peluang alternatif yang ada...kat sini aku tunjuk step by step---->promosi sikit..:-)

1.Daftar kat sini klik

2..Korang isi form.




















Bila dah isi semua korang klik  
Create Your Publisher Account


3.Kemudian tunggu pengesahan email..lepas tu korang Login.




4.Korang klik tab web site kemudian add URL blog.
















5.Pilih "Add a meta tag into your website", dan copy meta tag yang diberikan ke dalam coding HTML blog selepas code <head>

Kemudian Verify and Add To My Account


6.Tunggu pengesahan dari pihak H12 Media melalui email.Aku punya pun dah 2 minggu baru pihak H12 Media approved.Punya la lama...orang lain aku dengar 24jam-48jam dah approved.

Bila dah terima email pengesahan..Login

Pilih Banner Tag...klik kat URL blog.. pilih jenis ads yang nak dipasang.Saranan pihak H12 Media berkenaan iklan yang mesti dipasang 3 standard banners + 1 sliding banner + 1 on-video banner + 1 Site Under into your website.













Untuk iklan ON-Video dan Pop aku cadangkan korang tukar frequency capping ikut korang.Klu korang letak Unlimited impressions takut nanti orang tak singgah blog korang nanti sebab asyik keluar pop dengan video je...ikut suke korang la nak letak 1 impressions pun boleh.
Korang letak je code iklan tu kat mana-mana....janji visitor boleh nampak.Agak-agak la jangan letak semua iklan yang saiz kembung-kembung...teliti dulu saiz-saiz banner yang diberi kemudian pilih kat tempat2 yang sesuai.

Sabtu, 15 Mac 2014

Permulaan aku

Salam buat warga blogger!!

Akupun tak tau nak tulis apa kat blog pemulaan ni.First time aku buat blog macam ni...blog personal bahasa Melayu.Aku ada blog lain sebenarnya..cuma visitor banyak dari luar negara tu pasal aku buat blog personal ni.Blog aku yang satu lagi tu pun kira baru lagi...walaupun dah bertahun.Entah... aku lupa bila aku create blog tu..takde orang view pun selama ni..hihihi..bulan feb 2014 baru la aku terasa nak isi sesuatu kat blog tu.

Byk nak kena belajar lagi walaupun ilmu asas aku ada.Rugi rasanya ilmu yang aku ada terbiar macam tu tak digunakan.Mungkin kat blog aku ni aku masukkan entri-entri yang datang secara spontan kot.Mungkin nak masukkan..tip ke, pengalaman hidup ke,isu semasa ke...apa-apa je la.Buat masa sekarang idea tu belum datang lagi..jadi aku tulis merapu je  untuk bermula ni.

Salam perkenalan buat yang terbaca blog aku ni.Walaupun aku dah lama terlibat dalam dunia internet ni..mula semenjak  zaman dial-up dengan Telekom Malaysia hingga lah sampai streamyx,Unifi dah canggih sekarang ni la baru nak buat blog.Dah tua macam ni baru nak buat blog..hehehe.

Sebelum ni pun dalam dunia cyber ni aku banyak download file je..ialah..aku memang kaki download tegar...lagi-lagi bila ada software2 menarik.Dulu nak download bukan macam sekarang nak dapat file 10mb dekat sehari suntuk.Lagi bila dial-up terputus...sambung balik dari mula sampai la dapat.file tu baru puas hati.Torrent,P2P tua semua lagi la..2-3 hari tak tutup pc nak bagi file tu cepat complete.
Selain tu layan MIRC..ada lagi ke menatang benda ni?Yang best kalau dapat dan boleh boom user..hehehe

Korang tengok gambar aku main gitar tu...memang hobi tegar aku.aku mula dari umur 14 tahun..stop
main gitar masa zaman kejatuhan irama rock.Aku membesar dengan irama rock dan memang lagu rock tak dapat dipisahkan dengan aku.Asal lagu rock je memang aku suka sangat.Irama lain tu bukan aku tak suka cuma hati aku terarah pada rock.

Bila dunia sosial bermula..facebook,twitter..time ni la aku jadi ghairah balik nak main gitar.Tu pun aku tiap2 hari pegang gitar nak kasi polish balik scaling ngan kord semua tu.Nasib baik bini aku sporting..ada jugak bising tapi kejap je la.So mana-mana korang yang ada suami suka mengitar ni..minta  la support sikit.Sekurang-kurangnya hobi dorang dihargai.Daripada kaum suami korang boleh terjebak dengan aktiviti yang tak berfaedah kat luar...mana la tau.

So,mana-mana blogger yang mempunyai hobi seangkatan dengan aku boleh la komen blog aku.Nanti aku melawat blog korang.Yang lain-lain pun boleh komen kalau terbaca entri aku ni..:-)
Cukup dulu disini..akupun tak tau nak tulis apa dah.Sorry sangat penulisan aku ni memang berterabur...


SALAM PERKENALAN