Ahad, 20 April 2014

Panggilan penyamun..jangan jawab panggilan dari nombor 03-21788888

Hari ini 20/4/2014 pukul 1.27 pm aku menerima satu panggilan dari nombor 03-21788888 dan menekan tombol terima panggilan  dan lantas menjawab 'hello' dan kemudian mendengar suara mesin operator penjawab dalam bahasa inggeris.Aku kemudian terus ended call tersebut.

Aku kemudian mencari maklumat nombor berkenaan melalui internet dan mendapat maklumat bahawa panggilan tersebut merupakan panggilan scam.Beberapa jam kemudian aku pergi ke ATM berhampiran tempat kediaman aku dan cuba mengeluarkan baki yang tinggal RM60.80.Pengeluaran tidak berjaya lantas aku cuba meneliti baki yang tinggal...baki akaun anda RM8.80...arghhhh...aku dah terkena dengan penyamun yang bijaksana.

Terus aku balik rumah dan membuat panggilan ke service center kad ATM aku.Memang disahkan bahawa satu transaksi pengeluaran telah dilakukan hari ini walaupun sebenarnya transaksi yang aku lakukan gagal.Pihak bank menyuruh aku membuat laporan polis mengenai kehilangan wang dari akaun bank.Sehingga kini aku masih belum buat report lagi..mungkin petang ni atau esok kot.Walaupun yang hilang tu hanya RM50..mungkin takde rezeki penyamun tu sebab yang tinggal hanya RM60.80..klu ada RM1k mau hilang semua..

Buat sesiapa yang membaca blog aku ni..so berhati-hati..jangan jawab atau tekan receive call..biar tekan ended terus.Sebelum terkena kat korang baik aku maklumkan sebagai peringatan.Minta tolong korang sebarkan perkara ni kepada orang lain sebelum ada orang lain yang terkena..mungkin lagi banyak jumlah wang yang hilang jika dibandingkan dengan aku yang jumlahnya tak seberapa.Penyamun-penyamun zaman sekarang kepala otak dorang ni lagi kedepan dari segi pemikiran..lagi-lagi dengan bantuan teknologi yang memang makin canggih.

INGAT!!! JANGAN JAWAB JIKA ANDA MENERIMA PANGGILAN DARI  NOMBOR 03-21788888...JIKA ANDA JAWAB PANGGILAN TERSEBUT MUNGKIN ANDA MENERIMA NASIB SEPERTI SAYA.DALAM KES SAYA NI..JAWAB HELLO JE DAH HILANG DUIT DALAM AKAUN BANK.NASIB BAIK DUIT GAJI SAYA BELUM MASUK..

Penyamun duit ATM

#Update 21/4/2014
Alhamdulillah..pagi ni saya check acc. bank..wang saya telah dikembalikan oleh pihak bank.maknanya saya tak perlu buat report polis.Mungkin pihak bank sempat membatalkan transaksi tersebut cuma lepas ni perlu berhati-hati..