Isnin, 12 Mei 2014

TOPUP PREPAID ANDA UNTUK TEMPOH 1 TAHUN DAN 2 TAHUN


Benda ni dah lama sebenarnya dan ada jugak yang masih tak tau.Terlintas idea bila ada kawan-kawan yang masih tak tau aku pun isi entri ni kat blog.

  • Cara untuk tukar kredit expired Celcom korang kepada setahun dan dua tahun.Tapi syaratnya kena ada balance la..sebab nak kena tolak kredit yang ada dalam rm30 untuk setahun dan dalam tempoh 6 bulan korang kena topup jugak rm30.Sesuai kepada yang jarang guna handphone...bila jarang guna, balance kredit ada banyak tapi dah expired date pulak..bila nak buat call kena topup lagi rm5 atau rm10..pastu seminggu expired date lagi..penyelesaiannya ikut je step kat bawah takyah pening-pening bagai nak topup bila dah kredit expired.Tapi jangan lupa pulak dalam tempoh 6 bulan kena isi rm30.









  • Untuk Maxis (Hotlink) paling sikit kredit kena ada rm33 untuk setahun.Dial *100#  Call Then follow by reply the EasyMenu step:  01-seterusnya , 8-Hotlink specials , 4-Hotlink 365 ,  1 -Teruskan ,  1- Langgan ,
.






  • Untuk DiGi pastikan nilai kredit anda melebihi rm30.Hanya dial *128*1*7*3#  untuk activate Super Long Life™ at RM30 setahun.

Sabtu, 10 Mei 2014

Dialog lakonan Aziz dan Sudin yang dingati.




Seminggu sudah perginya seniman veteran Aziz Sattar kembali ke rahmahtullah akibat diserang penyakit jantung.Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Akhirnya allahyarham kembali bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham S.Shamsuddin di alam barzah  dan apa yang terkesan di hati saya adalah dialog mereka dalam lakonan filem bujang lapok ini...

"Aziz : Sudin, rumah yang kau
cakap dulu tu
dah ada orang tinggal belum?
Sudin : Rumah yang mana tu?
Oooo.. rumah
yang itu masih kosong lagi,
kalau kita apply
dapatlah
Aziz : Bagus juga ya, berapa
bilik ada Din?
Sudin : Yang aku tengok ada
tiga bilik masih
kosong
Aziz : Bagus ya Din tiga bilik,
boleh kita
seorang satu. Berapa besar
agak-agaknya bilik
tu?
Sudin : Besar tak berapa besar.
Kalau
tak silap aku, tujuh kaki
panjang, lima kaki
lebar, tujuh kaki dalam
Aziz : Besar juga ya tu tujuh
kaki panjang, lima
kaki lebar, ada dalam lagi
ya...... Eh itu kubur!
Tempat kau nak mampus,
bahalol!"
SENIMAN BUJANG LAPOK.

Akhirnya kini mereka bertiga
telah memasuki
"rumah" tersebut, AL
FATIHAH.. Sentiasa
diingatan...@@@